DesiGn BLoG iNi MeMang SimpLe je, SeBab SaYe MeManG SimpLe OrangNye.. HeHe =P

Monday, October 25, 2010

FAKTA!!.. jgn xtaww..

1. Jika anda makan satay, jangan pula lupa timunnya, sebabnya
memakan satay bersama karbon yang terhasil selepas pembakaran
akan mendatangkan kesan karsinogen! Apa bendanya karsinogen tu?
(Ianya ialah suatu keadaan yang menyebabkan barah). Timun pula
adalah anti-karsinogen.

2. Jangan makan udang selepas mengambil pil vitamin C ! Yang mana anda akan mati keracunan Arsenik dalam beberapa jam sahaja.

3. Barah akibat penggunaan bahan dalam Shampoo. Balik rumah dan
pergi periksa. Tukarlah ke jenama lain sebelum terlambat, jika
kandungan dalam shampoo anda mengandungi Sodium Laureth
Sulfate atau ringkasnya SLS. Bahan ini akan menyebabkan barah
dalam jangka masa yang panjang dan ini bukannya jenaka. Shampoo
yang disahkan mengandungi bahan ini ialah; VO5, Palmolive, Paul
Mitchell, L'Oreal, Hemp Shampoo terbaru keluaran body shop, Nature Force dan lain-lain lagi. Shampoo Clairol's Herbal Essence adalah satu-satunya yang mengandungi Sodium Laureth Sulfate secara tunggal. Meskipun pertanyaan telahpun dibuat terhadap syarikat ini dan jawapan dari mereka ialah, "Ya memang kami dah tahu masalah ini tetapi kami tidak boleh melakukan apa-apa kerana kami memerlukan bahan yang boleh mengeluarkan buih yang banyak". Dalam pada itu, Pasta Colgate & Dee Dee (untuk kanak-kanak) turut mengandungi bahan yang sama untuk penghasilan buih.

4. Kepada penggemar makanan jenis mee segera (tak kiralah maggi,
koayteow dsb), Pastikan berhenti makan dulu sekurang-kurangnya 3 hari selepas mengambil mee segera sebelum mengambil paket yang seterusnya. Maklumat yang dikongsi bersama dengan seorang doktor. Keluarga saya telah menghentikan pengambilan makanan ini setelah mendapat tahu berkenaan salutan wax ke atas makanan ini. Inilah yang menyebabkan mee segera tidak melekat antara satu sama lain apabila dimasak. Telah dinyatakan terdahulu melalui SEORANG AKTOR dari SBC (sekarang ni dikenali sebagai TCS). Beberapa tahun lalu, yang mana kariernya membuatkan beliau sangat sibuk untuk memasak, jalan mudah mengambil mee segera setiap hari. Kemudiannya beliau disahkan menghidap barah. Barahnya disebabkan wax dalam mee segera. Doktor juga memberitahu yang
badan manusia memerlukan 2 hari untuk membersihkan wax dari sistem badan. Seorang lagi mangsa yang serupa ialah Pramugara dari SIA yang mana setelah berpindah dari rumah ibunya ke rumahnya sendiri, Dia tidak memasak tetapi kerap makan mee segera. Dia didapati menghidap barah dan mati selepas itu. Sekarang ini tindakan memakan mee segera bolehlah diistilahkan sebagai 'makan untuk mendapat barah'.

5. Bawang Goreng segera, Seorang kawan melawat ke sebuah
perusahaan kecil membuat bawang goreng, dan melihat terdapat
banyak straw minuman. Yang bewarna dan tidak bewarna diasingkan. Apa yang mengejutkan ialah straw yang tidak bewarna dicampur bersama gorengan bawang yang bertujuan apabila plastik straw tersebut dipanaskan, ianya melebur lantas menyaluti bawang tersebut. Sebab itulah kalau bawang goreng segera yang dibeli terdedah kepada udara tak akan lembik tapi kalau kita buat sendiri lembik dalam masa yang singkat sahaja. Sebarkanlah maklumat ini kepada orang- orang yang anda sayangi dan pengguna yang masih belum disedarkan lagi.

Bertudung Tapi???? masyaallah..

Pakai tudung tapi bertelanjang

Itulah gaya orang sekarang

Mana tidaknya, ukuran body semua terang-terang

Yang mana kendur yang mana tegang

-------------------------------

Baju nipis nampak bayang

Peha gebu saja ditayang

Lebih baik tak pakai baju senang

Dah tentu boleh tunjuk terang-terang

--------------------------------

Baju ketat seluar sendat

Pakai tudung just ikat-ikat

Dari mula memang bukan adat

Disudut agama pun gaya tak berkat

--------------------------------

Tudung jarang baju nipis

Pakai sikit boleh nampak 'garis'

Mata orang terbeliak, kita membengis

Bila kena kutuk, kenapa menangis

-----------------------------------

Lengan pendek blaus gantung

Jeans ketat melekat dipunggung

Jadi orang Islam ni sebenarnya beruntung

Agama tak suruh berbungkus macam pocong

---------------------------------------

Apa rasanya, kepala bertudung, kain terbelah

Kalau takat rambut orang kurang ghairah

Lain kalau peha gebu atau ternampak lurah

Mata yang memandang boleh keluar darah

-------------------------------------

Kebaya ketat, kain terbelah

Ikat tudung macam tak sudah

Nak ikut suruhan agama memang tak mudah

Tapi Islam sebenarnya indah

--------------------------------

Tutup aurat bukan suruh berselubung

Sampai tak nampak muka dan hidung

Yang faham tuntutan amat beruntung

Taklah bersungut mulut pun muncung

-----------------------------------

Dah kalau mula minat nak bertudung

Cubalah sesuaikan apa yang disarung

Kalau masih rasa jiwa tu 'mendung'

Maknanya nafsu tu belum dapat dibendung

---------------------------------

Bertudung itu bukan satu paksaan

Ianya lebih kepada keinsafan

Selalunya nafsu masih dikuasai syaitan

Itu la pasal fesyen pun yang bukan-bukan

----------------------------

Asal menutup aurat itu tuntutan

Kalau dianggap susah, tu sebab bosan

Yang ye nya hati tak berkenan

Tu yang berjela-jela mencipta alasan

-----------------------------------

Menutup aurat satu syariat

Kepada agama kita taat

Hidup berkat pahala berlipat-lipat

Didunia selamat, di akhirat hebat

----------------------------------------

Dalam tiap perbuatan, kita mulakan dengan niat

Gitu juga bertudung, janganlah konon nak tunjuk taat

Alamat pahala lebur, dosa bertingkat-tingkat

Mentelah pula berfesyen tak kena tempat

-------------------------------------------

Baik tak bertudung kalau hanya nak rosak imej

Walhal Islam suruh pakai yang sopan dan manis

Dah kalau takat pakaian ngalahkan pengemis

Atas tutup, bawah buka, ni apa punya jenis?

--------------------------------------

Kita memang hidup dalam era serba maju

Sungguhlah iman tak dinilai just ikut baju

Kalau bertudung tapi pakai yang 'gitu-gitu'

Kita pun susah kenal, manusia ke hantu

-----------------------------------------

Banyak salah faham bila mula bertudung

Maknanya no fesyen-fesyen only the baju kurung

No more pant suit, kebaya or kebarung

Dah kalau gitu lebih baik duduk berkurung

-------------------------------------------

Bertudung bergaya biarlah yang sempurna

Tak jadi bahan kutuk, jangan pula menambah dosa

Pun tak usahlah juga terlebih gaya

Islam itu suka yang sederhana

-----------------------------------------

Kenalah pula kita wanita bekerjaya

Fesyen busana muslimah yang paling kena

Kalau rasa nak letak kaler, tu yang paling asas je

Sebab agama sendiri menggalakan kita selesa

-----------------------------------------

Mana tidaknya, bila bekerja kita bergaul semua

Kalau sendiri memandang muka pun layu je

Orang dok mengata, kita pun rasa terhina

Dah kalau 'put color' jangan macam 'rainbow' pula

------------------------------------

Siapa kata kita tak boleh berwarna

Tak caya cuba tengok semua pendakwah kita

Ustazah-ustazah mereka tetap juga bubuh kaler

Taklah sampai mengancam, cuma biar nampak 'bernyawa'

------------------------------------------

Tu sebab kita buat kerja semua dengan niat

Jadi terserah budi bicara tuan punya jasad

Dah kononnya bertudung tapi hati masih jahat

Baik tak le payah berpura nak tutup aurat

--------------------------------------------

Kalau dah memang rasa nak berubah

Peduli kata orang bukan dia yang susah payah

Asal niat, matlamat dan cara kita istiqamah

Lantak mereka lah kalau nak tergigit lidah

---------------------------------------------

Bersamalah kita mengkaji semula

Pakaian kita yang bagaimana gayanya

Andai belum betul-betul bersedia

Janganlah kita mencemar kesuciannya

--------------------------------------------

Andai terasa hidayah menyinggah

Lakukan yang betul mengikut sunnah

Menutup aurat jangan sekali dirasa payah

Mengapa diperleceh, itukan perintah

----------------------------------------

Andai dihati redha dan ikhlas

Diwajah Nur terpancar jelas

Walaupun bergaya tak berapa 'kelas'

Asal Tuhan tahu, diakhirat pengorbanan terbalas

------------------------------------------

Harap maaflah kalau terlalu panjang

Bukan sengaja mereka yang bukan-bukan

Berpantun seloka bukan setakat hiburan

Yang mana betul jadikan pedoman.


(copy from somewhere)

Friday, October 22, 2010

X-plore race.. Go.. Go.. Go..!!


SaLam..
nk cite pasaL expLorace Lak..

penat camping hari sabtu & ahad haritu x hilang lg..
kaki pun still sakit lg wooo..
tp nk wat camne.. terpakse gak masuk explorace sbb ada markah untuk
subjek bahasa asing yg aq amek sem neh.. France..

nk dijadikan citerr, mmg rezeki kitorang ar sbb bley
MENANG FIRST PRIZE!!
aq mmg syukur sgt2.. mmg x expect langsung bley dapat nombor..
haii rezeki2... Madame ckp sape mng explorace dpt bonus mark..
walaweyhhh gembiranya hatii~

Akmal Nova
sape dia neh? haha.. dialah penyumbang utama kemenangan kami..
dia mmg ketua yg lajuuuuuuu sgt2... walaupun group kitorang start lambat,
tp kami tetap leading..

_________________________________________________________________

sgt hepi time nehh.. walaupun ptg ni ade final exam.. hohohohh..
x sangke menang beb!! team work tu penting~

mamat yg kiri skali tu lah akmal nova.. ko mmg lajuuuu beb..
sempot aq nk kejorr.. hahaha

nie la group France Energy..
mcm nk gi pancing ikan.. hahaha.. nk pancing ikan dpt pancing hamper..
terbaek arr..

logo yg aq edit last minute.. hahaha.. sori la kpd monster energy sbb aq ciplak sket..
hahaha.. naseb ar..

CampinG JPAM jpom..


-JPAM JPOM CAMP SITEZ-


Siswa Siswi Pertahanan Awam

dari mule aq mmg xske join, tp terpakse ar utk penuhkan
1 jam kedit.. walaweyhhh.. siot jep..

17 & 18 hb aritu "dia" (jpam jpom) wat ca
mping, "dia" wajibkan lak uhh..
aduss malas btuL ar.. minggu bz sibuk je nk wat camping
nak dijadikan cite aq terpakse la jgk pegi.. kat Ulu BenduL N9 sane..

dengan muke ketat aq gi.. dalam hati menyumpah2.. fikiran melayang
kat assignment, kuiz, test, project.. tensionn..

time camping..
program entah pape.. satu pun aq x participate.. hhahaah..
aq wat hal sendiri jep..
puas hati aq..

burung hantu
hahahh.. satu lg aktiviti yg xde effect langsung..
x seram pun.. yela mane x nye, kite leh dgr org karaoke kat area situ..
kate dkt hutan, tp ade org karaoke.. hahaha..
sbb bosan sgt, aq baring pastu tidoq..sampai la ade org kejut..
hahaha..

mendaki Gunung Angsi
esoknya naek gunung.. x brape nk bez sbb x sampai atas..
apelaa.. nk naek gunung tp separuh jalan jep..
adoyaii..

time balik tu yg paling besttt!!
naek bas je aq terus tido..huahuahua..
stanby utk esok sbb ade klas..
*aq mmg xske ponteng (cewahhhhh)

____________________________________________

overall camping mmg x bez!! naseb la ada ramai member2 DFA..
huhu... membazirkan weekend aq je sispa nehh..

kat gunung Angsi.. huhuhh.. sempot~

memberz2 DFA.. sbb korang la aq sanggup pegi.. hahahh

muke xpuas hati.. rase nk tampo je jpam jpom sorang2..
hahahahaha..

I LUV SISPA!!
~huahuahua~

Friday, October 15, 2010

Study via AL QuRaN


#Apa kata kita renungkan kembali beberapa petua atau tips kejayaan yang telah Allah SWT titipkan di permulaan surah Al-Mu'minun, surah yang ke-23 di dalam lembaran Al-Quran.

01.Keyakinan, kepercayaan and keimanan kepada Allah SWT

"Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman." [23:1]

>>> Iman dan kejayaan disebut oleh Allah SWT dalam ayat yang sama. Maka imanlah faktor utama kejayaan. Dan keyakinan yang tinggi inilah yang akan melahirkan sikap positif yang bakal disebutkan dibawah.

02.Fokus, bersungguh-sungguh, sepenuh hati

"iaitu orang-orang yang khusyuk dalam solatnya." [23:2]

>>>Lakukan satu-satu perkara dalam satu-satu masa. Jangan leka dan melayang fikiran ke sana ke mari. Lakukan dengan sepenuh hati, bukan sambil lewa.

03.Prioriti. Mengutamakan apa yang utama.

"dan orang-orang yang menjauhkan diri dari lagha (perbuatan dan perkataan yang tidak berguna)." [23:3]

>>>Kebiasaannya dalam menghadapi musim peperiksaan yang penuh tekanan, kita cenderung untuk berehat dan menenangkan minda dengan hiburan, menonton drama, bersembang di Facebook dan seumpanya sehinggakan selalu sahaja melebihi daripada masa rehat yang telah kita peruntukkan.

>>>Sebaik-baiknya kita mengoptimumkan penggunaan masa untuk belajar, dan mengisi masa rehat kita dengan perkara-perkara yang berfaedah seperti membasuh, melipat atau menggosok baju, bersenam untuk melancarkan perjalanan darah di dalam badan dan bermacam-macam lagi yang anda sendiri lebih sedia maklum.

>>>Namun, sebaik-baiknya kita gunakan masa rehat itu untuk mengambil wudu', melakukan solat sunat dan membaca Al-Quran. InsyaAllah apabila kita lebih rapat dengan Allah SWT, jiwa kita akan lebih tenang dan ia akan banyak membantu dalam usaha kita mengulangkaji pelajaran.

>>>Kita dikehendaki menghindarkan diri dari perbuatan mengumpat pensyarah/guru kerana perkara-perkara sebegini tidak mendatangkan faedah kepada masa depan anda, tidak menambahkan markah untuk kertas peperiksaan yang bakal/telah diduduki, malah boleh mendatangkan dosa dan kemurkaan Allah SWT.

04.Prihatin sesama kita

"dan orang-orang yang menunaikan zakat." [23:4]

>>>Walaupun sedang berada di saat-saat genting, janganlah kita bersikap terlalu mementingkan diri, dan mengabaikan kawan-kawan yang lebih susah di sekeliling kita. Kongsilah apa yang termampu, samada ilmu, kertas-kertas soalan tahun lepas dan lain-lain. Sharing is caring.

05.Jaga hubungan antara lelaki dan perempuan

"dan orang-orang yang menjaga kehormatannya. kecuali terhadap isteri-isteri mereka, atau hamba yang mereka miliki, maka mereka (isteri dan hamba) dalam hal ini tiada tercela. Sesiapa yang mencari dibalik itu, mereka itulah orang-orang yang melampaui batas." [23:5,6,7]

>>>Janganlah kita menggunakan alasan belajar untuk melanggari batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan ajnabi, misalnya dengan studi berdua-duaan, kemudian pulang ke rumah berpimpin tangan, atau asal tertekan je mesti nak bergayut atau berchatting dengan kawan lelaki/perempuan anda.

>>>Padahal Allah SWT kan sentiasa ada, sentiasa melindungi dan sentiasa menolong jika kita mencari dan meminta pada-Nya.

06.Jujur, amanah

" dan orang-orang yang memelihara amanah-amanah dan janjinya."[23:8]

>>>Bukankah kita telah berjanji dengan pihak penaja dan ibu bapa kita untuk belajar bersungguh-sungguh? Lebih penting lagi, bukankah kita telah berjanji dengan Allah SWT untuk memanfaatkan peluang kehidupan sebagai seorang pelajar yang telah dipinjamkan-Nya kepada kita sebagai medan untuk kita mengutip ilmu, pengalaman dan pahala buat bekalan di akhirat sana?

>>>Elakkan menipu ketika peperiksaan. Andai penjaga peperiksaan meminta kita berhenti menulis kerana masa sudah tamat, jangan pula kita terus menulis. Sebaliknya sebutlah "Bismillahi tawakkaltu 'ala Allahi wala haula wala quwwata illa billahil 'azim."

07.Tepati waktu

"dan orang-orang yang memelihara solatnya." [23:9]

>>>Konsep yang boleh diambil dalam konteks kehidupan seorang pelajar Muslim ialah supaya sentiasa belajar dengan berdisiplin, menepati masa, tidak berlengah-lengah, menjaga kualiti dan produktiviti harian kita. Jika sebelum ini kita diingatkan supaya berhenti menulis apabila tamat masa peperiksaan, kita juga perlu memulakan perjuanganan kita dalam pelajaran dan peperiksaan seawal yang mungkin. Memelihara solat lima kali sehari setiap hari juga mengajar kita untuk tidak berputus asa atau berpatang arang di pertengahan jalan.

>>>Namun janganlah kita hanya mengaplikasikan konsep-konsep ini untuk akademik semata-mata. Penekanan utama dalam ayat tersebut supaya kita menjaga hubungan kita dengan Allah SWT kerana kita akan kembali mengadap-Nya dengan amal-amal kita, bukan dengan berapa gulung ijazah yang berjaya kita perolehi. Belajar dan ijazah hanyalah alat untuk kita mencapai keredhaan Allah SWT dan merebut peluang mewarisi syurga-Nya.

" Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi. Iaitu yang akan mewarisi Syurga Firdaus. Mereka kekal didalamnya." [23:10,11]

" ....Maka di antara manusia ada yang berdoa: 'Ya Tuhan kami, berilah kami (kebaikan) di dunia.' Dan tiadalah baginya bahagian di akhirat."[2:200]

"Dan di antara mereka ada orang yang berdoa: Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari seksa neraka." [2:201]

"Mereka itulah orang-orang yang mendapat bahagian dari apa yang mereka usahakan dan Allah sangat cepat perhitungannya." [2:202]


p/s: x sabar nk tunggu abis semester nehh.. Aaaaa... tp kene tempuh dulu tembok FINAL.. doakan sy yeqqq..

Thursday, October 14, 2010

BUKAN KAMI X KOMITED!! TP KITORANG ADA KOMITMEN LAEN..


saLam.. setelah sekian lama aq x tuLis pape kat bLog neh.. tetibe tergerak jari jemari nk type sumthing yg selalu wat aq mengong..

SISPA?? Ape itu S.I.S.P.A?? hahaha.. bende yg berkurun lame aq piker ape objektif pertubuhan ini memaksa siswa siswi join diorang.. entah hape2.. bile sebut je name SISPA otak aq jd blurr.. tension gak ar bile name ni disebut.. arghhhh aq mmg tunggu2 bile mase yg sesuai dpt skip SISPA.. mmg mengong ar.. tp ade lak aq kisah..~ ABAIKAN JE arrr… BUKAN KAMI X KOMITED!! TP KITORANG ADA KOMITMEN LAEN!! Harap maklum..

Schedule next week mmg terbaek lahh.. Soooo… compact.. demn!!* ISNIN- kuiz bahan (dua bab) *SELASE- kuiz PHYSIC, kuiz FRANCE,kuiz MATH3 *RABU- EXPLORACE (bez dpt skip sispa lagii) *KHAMIS – test3 PHYSIC * JUMAAT- blom tau..

p/s : study + study +study..